Kisah pelanggan
Perniagaan sebenar, angka sebenar
Kami lebih suka tunjuk apa yang benar-benar berlaku kepada satu perniagaan daripada senaraikan pujian. Di bawah ini angka yang boleh disemak, dan kata-kata pemilik sendiri.
Halaman tempahan yang jadi “website”
Aora Spa & Wellness Manjung — angka Google Search Console, Julai 2026.
562
kali muncul dalam carian
33
klik terus ke halaman tempahan
#7
kedudukan purata (muka pertama)
#5
untuk “spa manjung”
Yang penting bukan angka besar — tetapi siapa yang jumpa mereka. Carian seperti “spa manjung” tidak menyebut nama perniagaan itu langsung. Itu bukan pelanggan lama mencari nombor telefon; itu orang di kawasan yang sedang cari servis dan belum tahu nak pergi mana.
Perniagaan ini tidak ada website, tidak bayar agensi SEO, dan tidak beli iklan Google. Yang mereka ada cuma satu halaman tempahan.
Baca kajian kes penuh, dengan pecahan setiap carian →“Sistem ini sangat membantu operasi spa kami. Terima kasih team TempahKu yang banyak membantu urusan tempahan pelanggan di Aora Spa & Wellness Manjung. Secara keseluruhannya, sistem ini memudahkan proses booking dan pengurusan pelanggan.”
Aora Spa & Wellness Manjung
Spa & Wellness · Manjung, Perak
Berapa ramai yang guna TempahKu?
Kami produk muda. Setakat ini pelanggan kami sedikit, dan kami lebih rela tunjuk satu kisah yang boleh disemak daripada tampal sepuluh testimoni yang anda tak boleh sahkan. Testimoni di atas diberi dengan izin, dan logo digunakan dengan kebenaran pemiliknya.
Kalau anda sedang menilai TempahKu dan mahu bercakap dengan pengguna sedia ada, e-mel kami di hello@tempahku.com — kami akan tanya mereka dahulu, dan hanya hubungkan kalau mereka setuju.