Semua dalam satu sistem

Ciri Utama Sistem Tempahan Online

Lebih dari sekadar tempahan — urus pelanggan, kewangan, perbelanjaan & gaji staf dalam satu app untuk perniagaan Malaysia. Tiada caj komisen per tempahan.

Tempahan Online 24/7

Pelanggan tempah dari telefon mereka pada bila-bila masa, tak perlu telefon awak. Pengesahan automatik via e-mel + butang simpan ke WhatsApp.

Baca panduan

Pelbagai Staf & Doktor

Tambah senarai staf (jurusolek, doktor, pomen). Pelanggan pilih staf sendiri, atau anda tetapkan selepas tempah. Sistem halang bertindih.

Baca panduan

Lokasi Tetap & Bergerak

Untuk klinik, salun, spa (lokasi tetap) ATAU khidmat bergerak (urut rumah, baiki aircond, motor) — dengan caj perjalanan per kawasan automatik.

Baca panduan

Tempahan Bermalam (Homestay)

Untuk homestay, chalet dan penginapan: tetamu pilih tarikh masuk dan keluar, harga dikira ikut jumlah malam, dan unit kosong dikira bagi setiap malam supaya tiada dua tempahan bertindih. Tetapkan waktu check-in/check-out, minimum malam, kemudahan dan peraturan rumah — dan simpan kod pintu di tempat yang hanya pemilik nampak.

Tempahan Meja (Restoran)

Untuk restoran, kafe dan bistro: pelanggan pilih bilangan orang, tarikh dan masa — enjin pilih sendiri meja terkecil yang muat, jadi tiada dua kumpulan atas meja yang sama. Tetapkan tempoh meja ikut saiz kumpulan, tempahan terakhir sebelum tutup, dan had ketibaan setiap slot supaya dapur tidak diserang serentak. Kumpulan besar boleh diminta deposit seorang, dan yang melebihi had dalam talian diarah terus ke WhatsApp anda. Mod Restoran dibuka oleh TempahKu — WhatsApp kami untuk cuba.

Lantai & Susun Meja

Namakan setiap meja (A1, A2, Tingkap 3) dan susun lantai anda di atas grid — tekan atau seret, saiz dan bentuk ikut ruang sebenar. Bila kumpulan tiba: tekan kumpulan, tekan meja. Meja yang sedang dipakai tidak boleh dipilih dua kali, dan senarai tempahan tunjuk siapa duduk di mana.

Deposit / Wang Pendahuluan

Minta deposit masa pelanggan tempah — mereka bayar guna QR terus ke akaun anda. Sahkan di dashboard, resit auto-hantar. Boleh set slot lepas automatik jika deposit tak dibayar.

Baca panduan

QR Check-in (Daftar Tiba)

Pelanggan imbas QR untuk daftar tiba pada temu janji — kedatangan direkod terus di dashboard. Boleh auto-tanda Selesai.

Baca panduan

Notifikasi Automatik

Notifikasi Telegram percuma & serta-merta untuk anda & staf (tempahan baru, batal, deposit & lagi), e-mel pengesahan automatik ke pelanggan, plus peringatan WhatsApp 1-klik.

Baca panduan

Dashboard Cepat di Telefon

Pasang TempahKu sebagai apl di skrin utama (Android + iPhone). Lihat tempahan, anggaran pendapatan, eksport CSV — semua dalam satu tempat.

Baca panduan

Self-Service Pelanggan

Pelanggan lihat semua tempahan mereka di /mybooking, batal sendiri dari pautan e-mel, dan tambah ke Google Calendar — kurang soalan WhatsApp.

Baca panduan

AI Bantuan (Nana)

Nana, pembantu AI kami, menjawab 24/7 — di tempahku.com sebelum anda daftar lagi, dan dalam chat Bantuan di dashboard selepas itu. Dia tahu setiap ciri, termasuk Mod Restoran, dan hantar kepada pasukan manusia bila perlu.

Baca panduan

CRM — Senarai Pelanggan

Senarai pelanggan auto-jana dari sejarah tempahan. Segmen Baru / Berulang / Setia / Tidak Aktif. Letak tag sendiri (cth VIP) & nota peribadi pada setiap pelanggan, lihat sejarah lawatan penuh + WhatsApp.

Baca panduan

Hantar Ucapan Perayaan

Hantar e-mel ucapan perayaan kepada semua pelanggan anda dengan satu klik, atas nama perniagaan anda — 30 sambutan siap sedia, dari Raya, Tahun Baru Cina dan Deepavali sampai hari keputeraan negeri anda. Anda yang tekan butang — tiada apa-apa dihantar automatik. Lepas satu ucapan, tunggu 14 hari sebelum boleh hantar lagi, dan sesiapa yang pernah berhenti tak akan terima.

Maklum Balas Selepas Servis

Selepas tempahan ditanda Selesai, pelanggan terima borang maklum balas ringkas dengan pautan khas untuk tempahan itu sahaja. Tempahan yang dibatalkan pula ditanya sebabnya. Semua jawapan masuk ke satu skrin — anda tahu perasaan pelanggan sebelum mereka berhenti datang.

Baca panduan

Ulasan Google di Halaman Anda

Sambungkan lokasi Google Business anda dan rating serta ulasan terkini terus dipapar pada halaman tempahan anda — bukti sosial betul-betul di tempat pelanggan membuat keputusan. Anda pilih untuk hidupkannya, dan boleh matikan bila-bila masa.

Baca panduan

Pakej Prabayar

Jual pakej rawatan atau servis prabayar. Tolak satu sesi setiap kali digunakan, dan pantau baki setiap pelanggan.

Baca panduan

Laporan & Prestasi Jualan

Carta jualan bulanan, perkhidmatan & pelanggan teratas, staf yang tutup jualan, peta haba waktu paling sibuk, dan invois belum dibayar mengikut tempoh (aging). Muat turun laporan sebagai PDF.

Baca panduan

Perbelanjaan & Untung/Rugi

Rekod kos perniagaan (sewa, gaji, bekalan) — termasuk perbelanjaan berulang automatik. Lihat anggaran untung/rugi: pendapatan tempahan tolak perbelanjaan.

Baca panduan

Komisen Staf

Tetapkan kadar komisen setiap staf dan lihat komisen diperoleh daripada tempahan yang mereka selesaikan.

Baca panduan

Slip Gaji Staf

Jana slip gaji dengan EPF/SOCSO/EIS & PCB dikira automatik (boleh ubah) + kerja lebih masa (OT). Muat turun PDF, hantar ke e-mel staf, atau export fail caruman & ringkasan EA (CSV).

Baca panduan

Invois Pelanggan

Bil pelanggan anda — cipta invois bernombor automatik, hantar sebagai PDF atau pautan kongsi, dan tanda dibayar (jadi resit). Medan TIN/SST sedia-LHDN disertakan.

Baca panduan

Jualan POS — Kaunter Pantas

Jual servis atau produk terus di kaunter untuk pelanggan walk-in — pilih item, terima bayaran, dan invois bernombor terjana serta-merta. Boleh rekod sebagai tempahan siap untuk staf yang melayan, dan simpan pelanggan baharu ke CRM automatik.

Inventori & Kos Stok

Jejak stok produk yang anda jual di kaunter: terima stok masuk, sistem kira kos purata sendiri, dan setiap jualan tolak baki serta merekod kos sebenar barang yang keluar. Setiap pergerakan disimpan, jadi untung anda dikira atas kos betul, bukan agak-agak.

Baca panduan

Kod Diskaun

Cipta kod diskaun sendiri (peratus atau jumlah tetap) yang pelanggan masukkan semasa menempah. Sesuai untuk kempen promosi, pelanggan baharu, atau musim perayaan — jejak berapa kali setiap kod digunakan.

Modul HR & Portal Staf

Tambahan pilihan: staf log masuk ke portal sendiri untuk mohon cuti, daftar masuk/keluar (kehadiran), hantar tuntutan, lihat slip gaji & shift, dan isi penilaian prestasi.

Baca panduan

Referral — Bawa Rakan Niaga

Kongsi kod referral anda dengan pemilik perniagaan lain. Sehingga 31 Dis 2026, mereka dapat 6 BULAN PERCUMA. Bila mereka mula bayar, anda dapat 6 bulan percuma — sekali sahaja; setiap rujukan selepas itu memberi 1 bulan percuma. Ganjaran dikreditkan ke invois anda yang seterusnya, satu rujukan sebulan.

Baca panduan

Sedia untuk mula?

Kembali ke laman utama