2 Mei 2026

Cara Setup Profil Tempahan yang Menarik Pelanggan Pertama Anda

Bayangkan anda klik link tempahan satu kedai gunting rambut. Halaman terbuka — nama kedai, alamat, no. telefon, dan senarai 12 perkhidmatan tanpa penerangan. Anda tutup tab itu dan cari kedai lain.

Itu yang berlaku setiap hari di link tempahan kebanyakan perniagaan kecil. Mereka fikir link tempahan hanya tempat untuk tempah — sebenarnya ia adalah shopfront digital anda. Kalau profil tidak menarik, pelanggan pertama hilang sebelum anda dapat peluang.

1. Nama Perniagaan: Specifik & Mudah Diingati

"Klinik Gigi Petaling Jaya" tidak salah, tapi tidak unik. Lebih baik:

  • Nama + lokasi spesifik: "Klinik Gigi Senyuman PJS 7"
  • Nama + perkhidmatan utama: "Barbershop Klasik Hairwerks Cheras"
  • Nama + ciri unik: "Urut Tradisional Mak Cik Som — Mobile ke Rumah"

Kalau pelanggan google nama perniagaan anda 3 hari kemudian, mereka harus boleh jumpa anda balik tanpa keliru dengan kedai lain.

2. Penerangan Perkhidmatan: Jelas, Bukan Genericc

Senarai perkhidmatan tanpa penerangan adalah salah satu kesilapan paling biasa. Bandingkan:

Lemah: "Pemeriksaan Gigi — RM 80"
Kuat: "Pemeriksaan Gigi (30 minit) — termasuk pemeriksaan menyeluruh + nasihat — RM 80"

Untuk setiap perkhidmatan, jawab 3 soalan dalam fikiran pelanggan:

  • Berapa lama ia mengambil masa?
  • Apa termasuk dalam harga?
  • Bila sesuai untuk saya pilih perkhidmatan ini berbanding yang lain?

TempahKu sokong penerangan masa di setiap perkhidmatan. Pastikan setiap satu ada masa yang konkrit (30, 45, 60 minit) supaya pelanggan tahu apa nak jangka.

3. Susun Perkhidmatan dari Termurah ke Termahal

Otak pelanggan terkesan dengan harga pertama yang dilihat. Kalau senarai pertama anda ialah "Pakej Premium — RM 350", banyak pelanggan terus tutup tab.

Susun dari termurah:

  1. Perkhidmatan asas (pintu masuk untuk pelanggan baru)
  2. Perkhidmatan standard (yang paling banyak ditempah)
  3. Perkhidmatan premium (untuk yang nak lebih)

Pelanggan baru klik perkhidmatan asas dahulu, jatuh hati dengan perkhidmatan, kemudian upgrade. Itu corong jualan yang berkesan.

4. Waktu Operasi: Realistik, Bukan Aspirasional

Jangan tetapkan waktu operasi 9 pagi – 9 malam kalau anda sebenarnya tutup pukul 6. Pelanggan yang tempah pukul 8 malam dan dapat tahu anda dah tutup akan tulis review buruk yang anda tak boleh elak.

Tetapkan waktu sebenar anda — termasuk waktu rehat tengahari kalau ada. Lebih baik janji kurang, tunaikan lebih.

5. Alamat & Hubungan: Jelas dan Mudah Dicari

Untuk perniagaan lokasi tetap, alamat penuh dengan landmark sangat membantu — bukan sekadar "No 12, Jalan SS2/24". Tambah: "depan kedai mamak Anjung Selera, sebelah Maybank".

Untuk perniagaan mobile, alamat anda kurang penting tapi caj perjalanan dan kawasan servis sangat penting. Pastikan tier caj perjalanan anda jelas — pelanggan suka tahu kos sebelum mereka tempah.

6. Kongsi Link di Mana Pelanggan Berada

Profil yang sempurna tidak berguna kalau tiada siapa nampak. Tempat untuk kongsi:

  • Bio Instagram: "Tempah: tempahku.com/book/nama-anda"
  • WhatsApp Business profile: dalam bahagian "Description" atau "Catalog"
  • Auto-reply WhatsApp: "Untuk tempahan, sila guna link ini..."
  • Tanda tangan emel: dengan logo dan link tempahan
  • Kad perniagaan: dengan QR code yang halakan ke link
  • Profil Google Business: dalam medan "Appointment URL"

Kesimpulan

Link tempahan anda adalah pekerja kedai 24 jam — ia menjual perkhidmatan anda walaupun anda tidur. Investasi 1 jam untuk siapkan profil dengan betul akan kembali dengan banyak kali ganda dalam tempahan masuk.

TempahKu memberi anda link tempahan profesional dengan struktur yang dah optimum — perkhidmatan dengan masa & harga, waktu operasi, alamat, dan caj perjalanan untuk perniagaan mobile. Cuba percuma 14 hari dan share link kepada pelanggan pertama anda.